Friday, December 12, 2014

200 Kali Selepas Tahajjud

BEGITULAH KISAHNYA...
********************

( 1 )
Assalamualaikum ustaz..
dengan pertanyaan apa khabar......
hari ini saya mendapat khabar gembira...saya mendapat duit bantuan banjir dari kerajaan arab saudi yang memberi pada kerajaan negeri pahang.. dekat setahun saya tggu.
Terima kasih ustaz memberi tunjuk ajar surah iklas 200 kali selepas solat sunat tajjud..
alhamdulillah..dapat jga nk buat bayar hutang2 yang tertunggak.. maaf tak pandai susun ayat..cucur air mata saya atas rezeki ini... terima kasih allah...
x keluar dlm page pn xpa.. asalkan saya dpt beri tahu ustaz khabar gembira saya..
Assalamualaikum. .
********************

( 2 )
Assalamualaikum Ustaz Fathuri,
Saya mula membaca buku mini MMR pada October 2013.
Saya membeli buku penuh MMR 2 bulan kemudiannya (meskipun waktu itu saya cuma ada RM50 untuk hidup sebulan!)
Nasihat-nasihat dan cerita-cerita ustaz dalam buku MMR ini telah mengubah persepsi saya dan suami terhadap konsep "Iman" atau "percaya" atau "yakin" kepada Tuhan.
Alhamdulillah..syukur kepada Tuhan kerana dibukakan mata kami dengan nasihat2 dan cerita2 ustaz. Inilah nikmat terbesar dalam hidup kami.
Kami berhenti kerja pada awal 2013 untuk berniaga. Sepanjang 2013 sangat sukar...tambahan saya mengandung anak kedua. Waktu anak kedua saya lahir pada September 2013, dalam poket suami saya cuma ada RM20! bayangkan...nak jelaskan bil hospital sebanyak RM65 pun tak boleh...
Tapi..selepas kami membaca buku MMR ini, kehidupan kami berubah 100%!! Saya dan suami masih lagi berusaha agar kami dapat mencapai tahap lebih tinggi tentang konsep "Iman" itu.Banyak perkara yang kami lalui hingga kalau nak diceritakan kepada orang lain pun...orang akan kata kami gila...
Yang saya rasakan, semakin tinggi kita faham konsep Iman itu, semakin indah hidup ini.
saya nak minta kebenaran ustaz untuk share cerita2 dalam fb ustaz ni. Niat saya, supaya semua kawan-kawan saya dapat melihat apa yang saya lihat dalam cerita2 dan nasihat2 ustaz ni.
Terima kasih ustaz.
****************************

( 3 )
Assalamualaikum ustaz..
saya gadis,berumur 25 tahun. saya bekerja di putrajaya.. separuh masa menjahit..barut baby,bedung, dan nursing pillow.saya baru jumpa page ustaz dalam 3 bulan lepas..
sejak dari tu saya sentiasa mengikuti setiap ape yang ustaz sampaikan. Saya mula berniat nak pergi beli buku MMR..dari hari ke hari dan sampailah satu hari,Allah temukan pandangan saya pada seorang pakcik yang menjual buku MMR di lobi ofis saya.
Saya terus beli menggunakan duit hasil jahitan saya, dan Alhamdulillah buku MMR sentiasa mengiringi saya sepanjang perjalanan..di dalam bas dan ktm. Buku itu...ilmu yang disampaikan membuatkan saya rase satu perasaan yang lain dimana kite harus yakin sebenar benarnya bahawa rezeki itu semua dari Allah. yew,Yakin. berikan sepenuhnya.
saya war warkan kepada semua kawan2 saya agar perolehi buku itu. terima kasih ustaz. perkongsian ilmu yang sangat bagus untuk golongan muda dan tua. sejak itu saya dah tinggalkan minat saya membaca novel cinta. Semoga kita saling mendoakan antara semua,insyaALLAH

https://www.facebook.com/JemputRezeki

No comments:

Post a Comment