Saturday, December 13, 2014

Maafkanlah

CERITA PILIHAN ( 34 ) MALAM INI ( 4/12/2014 )
( Maafkanlah....)
*********************
Assalamualaikum Ustaz..
Terlebih dahulu, terima kasih diucapkan kerana sudi baca kiriman saya ni. Macam biase, identiti mohon dirahsiakan. terima kasih sekali lagi.
Saya tak tahu macam mana nak ringkaskan cerita saya, sebab banyak sangat yang saya nak kongsi pada Ustaz, atas jasa baik dan ilmu yang ustaz sudi kongsikan lebih-lebih lagi melalui buku MMR dan page MMR ini.
Saya mula membaca MMR milik ibu saya ini sejak bulan March yang lalu. Bukan sahaja versi full, saya juga bace versi mini. saya baca berkali-kali, sebab saya rasa seronok sangat. Saya jumpe sedikit kegembiraan pada waktu itu.
Waktu awal 2014, saya banyak sangat masalah. masalah kerja, masalah keluarga. Saya rasa sangatlah tertekan. Selalu marah-marah. Selalu rasa tak cukup masa. Dan jarang bersyukur. Walaupun saya sudah amalkan solat dhuha ni lebih 2 tahun yang lalu, tapi saya masih belum menghayati lagi konsep rezki tu. Saya masih rase tak tenang dan tak cukup. duit tak cukup,masa tak cukup. padahal, sebenarnye cukup.
Pada suatu hari, waktu bulan ramadhan yang lepas, saya terdetik untuk memaafkan beberapa orang yang pernah melukakan hati saya, yang saya anggap sebagai punca masalah saya. Dan juga memohon maaf pada ibu saya, untuk semua salah silap saya selama ini.
Ajaibnya, selepas itu, dan hari2 berikutnya, saya dihujani dengan pelbagai berita baik.. contohnya, dapat kenalan lelaki yang jauh 9000km dari saya. dan menjadi kawan istimewa saya (kini satu ujian bagi saya), rezki dinaikkan gaji, diberi bantuan oleh ramai orang, dapat mengerjakan iibadah korban secara percuma (sedekah dari syarikat) dan yang paling penting, saya diberikan sesuatu yang saya cari-cari selama ini, yang mungkin saya tak nampak atau tak hargai, iaitu ketenangan hati dan masa yang cukup. Satu perkara yang sangat2 hargai hingga hari ini.
Saya mula amalkan membaca Al-Waqiah pagi dan petang (telah amalkan lebih kurang 2 bulan tanpa henti kecuali hari cuti wanita), amalkan sedekah yang ustaz sarankan (RM1 kemudian, meningkat dari sehari ke sehari) dan sunat subuh, surat al-balad antaranya.
Masalah saya kini:
Kawan lelaki yang istimewa di hati saya, selepas kunjungan kedua beliau bertemu saya dan keluarga) tibe-tibe menyepi diri sejak sebulan yang lalu.
Pelik saya. Takde ribut taufan, tibe-tibe menyepi diri. Saya terkedu. Sebab saya tak tau ape puncanya. Sampai ibu saya pun menangis sebab sedih mengenangkan saya dan kawan lelaki. btw, ibu saya sangat berkenan dengan kawan lelaki saya ni. Dan untuk pengetahun ustaz, ini lah satu2 nya kawan lelaki yang saya bawak jumpa ibu bapa saya. Yang lain, memang saya tak terpanggil untuk bawak jumpa ibu bapa saya.
Diorang pun happy dan sangat excited bila jumpe "bakal menantu" harapan mereka. Disitu, saya ada keyakinan, dialah jodoh saya, yang hadir pada waktu yang tepat, waktu saya telah bersedia untuk fasa seterusnya dalam hidup saya. Tapi bile dia menghilang, saya rase kehilangan dan tertanya-tanya. (tapi tak teruk sangat sedihnya).
Namun, saya masih teruskan amalan saya. Saya tambah sedekah saya. Dari seminggu sekali, saya buat yang macam ustaz sarankan Rm1, RM2, 3, 4 sampai RM40. setiap hari. tp masih ade beberapa hari lagi sebelum RM40. surah al-balad. sunat subuh. solat hajat, istikharah dan dhuha. puase saya kuatkan juga. cuma tahajjud masih merangkak lagi.dan bacaan 200 al ikhlas belum lagi.
zikir, saya rasa lebih 1000x sehari (seumur hidup saya, saya tak pernah berzikir sebanyak ini), saya baca semua doa2 yang dikaitkan dengan kasih sayang. saya tak pernah hafal sebanyak ini ayat al-quran. Tapi masalah saya masih belum selesai. Ibu dan saya masih terus berdoa. Sebab, kami yakin, Allah makbulkan doa kami, cuma lambat atau cepat.sekarang atau kemudian.
Walaupun hajat saya dan ibu masih belum kesampaian, tapi saya bersyukur, sebab hati saya, most of the time, tenang. kehidupan seharian masih macam biasa. takde yang kurang pun. masa saya, sangat2 la cukup. tak kira betapa byk kerja dan masalah seharian yang saya hadapi, insyaAllah kebanyakkannye selesai.
Cuma, setiap kali sebelum tidur, saya masih menyimpan lagi hajat berjodoh ni. saya masih berdoa agar Allah sampaikan hajat saya di dalam hati beliau. Saya berdoa Allah satukan hati-hati kami.
Jadi, sempena hari jumaat yang akan berkunjung tidak lama lagi,, saya mohon kemurahan hati sahabat-sahabat MMR dan ustaz untuk berkongsi mendoakan hajat saya dan ibu saya. Dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas budi baik warga MMR sahabat2 semua.
InsyaAllah.
Sekian
*************************
ALHAMDULILLAH

*************************
P/S: Jodoh adalah rezeki. Jodoh tidak pernah salah tuan. Jodoh tidak pernah salah alamat. Jodoh tidak pernah tercepat atau terlambat walau sesaat.
Teruslah beramal dan berdoa
Warga MMR yang baik hati. Mohon masukkan hajat beliau dalam munajat kita malam nanti.
************************
INSYA-ALLAH

http://www.facebook.com/jemputrezeki

No comments:

Post a Comment