Tuesday, August 29, 2006

Terimalah daku seadanya..


Menambat Hati Lelaki

Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki?

Terima lelaki agar dia menerima anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain " Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.

Fahamilah lelaki agar dia memahami anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

Berubah untuk menikmati perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

Sanggup memberi untuk menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.

Percaya untuk dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

Menangkan lelaki untuk menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menag dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.

Sifat negatif akan membuah kesan negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.

Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab

Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun.

Kritikan akan membuahkan kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula.

Beri kepada lelaki apa yang dia mahu

Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagiua dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

Tunjuk minat tulin terhadap lelaki

Dia akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda.

Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda.

Panggillah lelaki dengan panggilan manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

Hormati dia sebagai lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat.

Dunia Kita Berbeza


Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:

Hidup lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlaianan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu

Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk meyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki

Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahka sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaanya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk memalakukannya lelaki memerlu kan kekuatan dan keberanian yang maxima.

Lelaki pentingkan kejujuran

Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan


Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik

Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disamapaikan kepadanya.

Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.

Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.

Lelaki juga mahukan sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: "saya cintakan abang.." atau "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…"

Lelaki dan ego

Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.

Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

Lelaki mesra tanpa beremosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.

Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia perlu untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Janinan atau hubungan antara dua perkara ini, iaitu kemesraan cinta berahi (seks) dan kemesraan emosi cinta kasih (emosi) tidak penting pada ramai lelaki.

Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah pada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding dengan wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan. Tetapi jika tanpa emosi seks boleh dilakukan juga oleh lelaki.

Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samaada sebelum atau selepas kemesraan seksual, kekecewaan akan melanda wanita. Tetapi tidak lelaki.

Lelaki suka menyelerak

Lelaki bersifat suka menyelerak barang-barang dan berharap isteri akan mengemaskannya. Kadangkala lelaki mahu isterinya bersifat sebagai ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, adakalanya lelaki mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuanya itu secara tak langsung dengan menyelerak.

Lelaki diumpan menerusi matanya

Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan. Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki. Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesan terhadap imaginasinya.

Pujuklah Ia Walaupun Terpaksa


Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembahongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wnita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.

Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang:

Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membakitkan perasaan

Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.
Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.

Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.

Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita.
Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.

Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapka rasa bosan dan jemu. Dan sebab itilah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.
Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.

Bersikap penggoda kerana wanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenagi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum.

Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita. Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.

Menilai Dirinya Melalui Pergerakan

Tidak sukar untuk megenali lelaki. Jika kita tahu menilai pergerakannya kita pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelaki tingkahlakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila ia sedang berbual dengan wanita.

Mengganggukkan kepala

Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.

Mendekatkan badan

Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.

Merenung

Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.

Menggerakkan tangan dan badan

Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

Suka berdiri

Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.

Memandang mata

Ini dalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.

Sensitif pada jarak

Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.

Meniru gerak

Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.

Cara-cara mengenal tingkah laku di atas adalah di antara cara untuk mengenal lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Wanita Dari Pandangan Mata Lelaki


Ada ramai wanita di dalam dunia ini. Tetapi adakah semua wanita itu mempu menarik minat lelaki untuk mengenalinya. Kadang-kala seorang lelaki hanya mahu menduga hati seorang wanita sahaja bila mendekati mereka. Tetapi tahukah anda wanita yang bagaimana boleh menarik minat lelaki untuk mendekati mereka? Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki mendekati seseorang wanita.

Personaliti seorang wnita itu penting. Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang lelaki boleh terpikat bila memandangnya. Mereka juga akan berasa lebih yakin untuk mendekati wanita tersebut.
Lelaki terkenal dengan mata jalanannya. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang menghairahkan.

Penampilan, gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat seorang lelaki terpikat. Ada kalanya salah satu daripada faktor itulah yang buat lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita.
Ada juga lelaki yang mementingkan kesopanan. Lelaki yang lebih sukakan wanita sebegini selalunya lelaki yang tidak suka berfoya-foya. Mereka lebih suka mendampingi wanita yang tidak akan memalukan mereka.
Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah. Tetapi ada juga lelaki yang mudah tertarik pada wanita yang cantik, ayu dan anggun. Ada ketikanya sehingga membuatkan mereka menoleh untuk kali kedua bila memandangnya.

Walaubagaimanapun tidak semua lelaki yang mementingkan fizikal seseorang wanita, ada juga lelaki yang lebih mementingkan faktor dalam diri seseorang wanita.

Ilmu lelaki

Ni aku dapat daripada komuniti lain tapi boleh buat pedoman untuk orang perempuan ...

1) RAMBUT LURUS
- bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpotensi dalam bidang kesenian.

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
- kurang bijak, degil, cenburu kuat, romantic, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

3) RAMBUT KERENTING NEGRO
- bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG
- bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
- bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT
- bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG
- kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL
- bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT
- sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak & gt;
memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa
pertolongan.

10) RAMBUT BERUBAN
-kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan
pandai selesai kan masalah diri. (additional ..++)

11) RAMBUT MOHICAN/PUNK
- pembersih, suka menyapu sampah, memberus kasut dan membersihkan sawang. amat sesuai di buat suami mahupun pembantu rumah.

12) RAMBUT BOTAK
- open-minded, senang dipandang terutama diwaktu malam tanpa menggunakan topi keledar ketika membawa motor mahupun mesin pemotong rumput. Celik 'IT' orang nya..

13) RAMBUT ALA 'ZAIBO'
- sesuai bekerja menura p jalanraya dan menyapu jem pada roti. 'Accident-prone' e.g kepala selalu jadi target ketika bermain bola kerana kes salahtafsir.

14) RAMBUT PALSU
- bersifat pendusta, pembohong dan buta 'IT' . Suka menabur janji dan amat jarang menabur wang di tepi-tepi jalan.

15) RAMBUT ALA 'PUA CHU KANG'
- don't play-play with this category haah..!! he will hentam you, you know?
kenaper?? tak percayaee??

16) RAMBUT 'RONALDO'
- rambut ala si 'pekan' dlm citer Batu belah batu bertangkup. Lelaki jenis ini suka mencuri ikan goreng di rumah. dan bermain bebola ikan sebagai hobi "

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengenal lelaki menerusi bentuk anggota tubuhnya, dimana ianya merupakan pengetahuan yang dipraktikan oleh orang orang melayu zaman dahulu dalam aspek pergaulan. Walau bagaimanapun, ini merupakan falsafah-falsafah umum.Banyak lagi aspek aspek lain yang perlu di ketahui sebelum membuat rumusan mengenai personaliti seorang lelaki.

Kulit
Warna kemerahan tanda pemarah , daya fikir lemah , tidak tetap dalam melakukan pekerjaan .Warna kehijauan kemerahan tanda bersungguh melakukan kerja hingga selelsai .Warna hijau kehitaman tanda jahat kelakuanya .Warna kulit yang sangat putih tanda penyakit dan kekurangan darah .Selain dari itu melambangkan kelakuannya baik.

Rambut
Jika rambut kasar dan keras , itu tanda berani dan otaknya sihat . Jika hitam dan hitam tanda berakal dan pertimbangannya sempurna.

Kepala
Saiz yang besar tanda tetap pendirian dan berakal .sederhana tanda berpengetahuan . Terlalu besar tidak sepadan dengan leher tanda tidak sihat otaknya. Kepala kecil tanda suka menurus nafsu kurang akalnya

Dahi
Dahi luas tanda bijak dan sempurna akalnya. Sederhana luasnya dan berketus tanda pengasih dan berani. Dahi yang kecil tanda kurang akal. Dahi yang banyak kerut antara kening tanda pemarah.

Mata
Mata Yang jarang di kerdipkan tanda bijaksana. Mata besar tersembul tanda tamak dan tidak di percayai,dan dia ingin memiliki harta orang lain. Mata yang merah tanda berani tetapi kurang akal. Mata yang seperti mata kanak-kanak serta bercahaya tanda di kasihi oleh manusia lain serta panjang umur.Mata yang kerap di kerdipkan tanda pemaaf. Mata kecil tanda kurang sempurna pertimbangan.

Hidung
Hidung yang sederhana saiznya tanda berakal. Hidung yang rendah dan besar tanda suka mengikut hawa nafsu. Batang hidung yang nipis tanda suka berkelahi. Lubang hidung yang luas tanda dengki dan pemarah. Hidung tebal ditengahnya tanda pendusta. Hidung bongkok tanda manusia yang paing jahat. Hidung mancung tanda bijak dan sempurna akalnya serta penyayang.

Bibir
Bibir yang tebal tanda kurang berakal .Bibir yang nipis tanda suka menghasut. Bibir yang merah tanda sihat.Merah keputihan tanda berakal dan mudah faham. Bibir pucat tanda putus asa dan berpanyakit. Bibir hijau seperti lintah tanda banyak makan makanan yang haram.

Gigi
Panjang dan besar tanda pendusta.sederhana tanda sempurna kelakuannya. Sempurna rapat tanda jujur.

Dagu
Dagu yang luas tanda takbur. Dagu yang tirus tanda kurang akal dan jahat. Dagu sederhana tanda sempurna kelakuannya .

Suara
Nyaring tanda berani. Perlahan tanda pendusta dan bebal. Tidak tetap tanda bunyi bodoh .Suara yang merdu tanda jujur tapi kurang bijak.

Mulut
Mulut yang kecil tanda bijaksana. Mulut yang luas tanda berani. Mulut yang sederhana tanda sempurna akalnya.

Telinga
Telinga yang besar tanda berakal tetapi lekas marah. Telinga kecil tanda kurang akal. Cuping telinga yang melekat tanda kejam.

Bahu
Bahu besar tanda kurang akal tapi tanda berani. Bahu yang singkat tanda sukakan pekerjaan yang jahat. Belikat bahu yang di tumbuhi bulu roma tanda kuat berjimak.

Belakang
Belakang yang lebar tanda keras hati, takbur dan pemarah. Bongkok tanda gigih dan bijaksana. Belakang yang tebal tanda dia seorang yang bijaksana.

Leher
Leher sangat pendek tanda jahat dan pendusta. Panjang dan lurus tanda bebal dan berpenyakit . Leher besar tanda suka berolok-olok tetapi berani. Urat leher yang timbul tanda pemarah.

Dada
Dada yang sederhana tanda berakal.Dada yang di tumbuhi bulu tanda kurang berakal dan suka melalkukan perkara jahat.

Lidah
Lidah yang panjang tanda fasih bertutur.

Lengan
Lengan yang panjang ke lutut tanda pemarah, berani, berjaya dalam kerjanya tapi takbur dan suka meninggi diri. Lengan yang pendek tanda tidak sihat dan suka berbuat jahat.

Tapak tangan
Berjari panjang tanda berani dan berakal. Tapak tangan yang lembut tanda mudah memahami. Tapak tangan yang nipis tanda kurang akal.

Jari
Jari yang panjang dan lebar tanda kuat. Jari yang pendek tanda bebal. Jari yang sederhana tanda tidak sempurna akal tetapi budiman.

Perut
Perut yang besar tanda tidak malu dan berpenyakit. Perut yang sederhana tanda bijak dan sihat.

Pinggang
Pinggang yang lembut tanda berani. Pinggang yang tiada daging tanda keras hati dan takbur.

Betis
Betis yang sederhana tanda sihat.

Kaki
Kaki yang sederhana tanda sempurna akal. Kaki yang kecil tanda fasik.kaki yang besar tanda bodoh.

Tumit
Tumit yang besar tanda sihat . Tumit yang sederhana tanda suka berbuat kebajikan. Tumit yang kecil tanda kurang sihat.

Langkah
Langkah yang panjang dan teratur tanda sempurna pekerjaanya. Langkah pendek dan kurang tetap tanda kurang berakal. "

Ilmu menghadapi perempuan

" FINE "
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya,terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan
pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH (dengan kening biasa)
Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan
bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah
menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

Rahsia-rahsia

Rahsia Tarikh Lahir

Marilah sama-sama kita mencubanya !

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan
apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita
pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.

Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan
nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor
tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita
untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar
mempelbagaikan pilihan yang kita ada.

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

------------------------------------------------------------

1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru.
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh
mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan
kebiasannya adalah pemimpin atau boss.Bekerja sendiri merupakan
pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari:
Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik.
Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1:
Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona
Judd Nancy, Reagan, Requel Welach
-----------------------------------------------------------

2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat.
Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan
perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak
hati. Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat
mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;
tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin
itu tidak serasi.

Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar ntuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan
perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:
President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg,Thomas Edison,
Wolfgang Amadeus Mozart.

-----------------------------

3. Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa
berunding.Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat
menghabiskannya.Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan
apa sahaja untuk mencapainya.

Mereka sangat popular dan idealistik.Golongan ini perlu belajar untuk
melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3:
Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali,
Jody Foster

---------------------------------------

4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional.
Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang
apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja
secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan
merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar,
tekun dan adakala dianggap degil.

Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih
baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4:
Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina
Turner, Paul Hogan

----------------------------------------
5. Perintis

Mereka adalah perintis.
Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin
tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat
(enthusiasm).

Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka
disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap
peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi
yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak
pernah terhenti.

Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti
dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu
kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5:
Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van
Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

--------------------------------------

6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan
sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat
adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi
keputusan mereka. Mereka sangat suka untuk membantu dan
menjaga seseorang.

Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
Mereka suka seni musik. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa
yang menjalin persahabatan secara serius.

Golongan ini harus belajar apakah yang boleh
diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:
Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep,
Christopher Columbus, Goldie Hawn

--------------------------------------

7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari.
Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar
untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.

Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka
tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.

Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat
berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara
yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik
dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat suka berahsia.

Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka
perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7:
William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez,
Princess Diana

-------------------------------------

8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik
dan sangat tegas.

Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup
dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka
mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.

Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri
bahawa mereka adalah ketua. Golongan ini perlu belajar untuk
membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut
keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8:
Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Mohd Anuar Jaafar
Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

-------------------------------

9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mereka sangat penyayang dan pemurah.Dengan daya tarikan yang ada,
mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan
dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada
sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.

Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan
orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.

Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan
menyesuaikan diri mengikut persekitaran.

Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh
menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan
(mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan
kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9:
Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria
Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley

Aku dapat no 3.. Ceria..
dari Sabahan.Net

------------------------------------------------------------------------------------
RAHSIA pada SIFAT-SIFAT MATA seorang GADIS

SAIZ MATA
Saiz LEBAR̢ۢ - kuat berahsia dan pemarah serta mudah berputus asa.
Saiz SEDERHANA -̢ۢ tidak banyak berahsia, sederhana, mudah bertolak ansur, bertanggungjawab dan suka dimanja.
Saiz KECIL – suka cakap banyak, kelam kabut, periang tetapi• apabila marah lambat sejuk

SIFAT MATA
JARANG BERKEDIP – seorang• yang cukup istimewa, bijaksana, baik hati, setia, bertanggungjawab, tidak cerewet, suka membantu orang lain dan cukup membahagiakan.
SELALU BERKEDIP• – seorang yang pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan amat sabar orangnya.

BENTUK MATA
TERSEMBUL KELUAR – seorang yang tabah tapi• mudah marah.
CENGKUNG KE DALAM – bijak berkata-kata dan sentiasa mahu• hidup senang.
REDUP – mudah dipermainkan, tidak bijak mengawal emosi dan• tidak tetap pendirian.

WARNA MATA
AGAK COKLAT – bersikap lebih• terbuka, cepat mesra, manja, ceria, mudah memahami perasaan orang lain, tidak suka menyakiti hati orang serta jujur. Namun sifat manjanya itu kadang-kala diambil kesempatan oleh orang lelaki.
COKLAT PEKAT – tidak boleh• dipercayai, tidak teguh pendirian, keras hati serta suka menghampakan orang lain.

------------------------------------------------------------------------------------

cara berjalan lak..


1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan
rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

hahaha.. jika jalan mengengkang, pandai2 la yer..
dari Telatah.com

----------------------------------------------------------------------------------------------

dari Sabahan.Net

Rahsia Nombor dan tarikh lahir

Fehhhh! Menarik nombor rumah itu," kata Ramey apabila terpandang tulisan No.1, Jalan Tempinis 1/1 - pada sebuah banglo. "Haiii! Ada juga manusia yang percaya nombor macam tu!" kata Zidan yang duduk di sebelah. Mereka sama-sama ketawa, sementara Ramey terus memandu.


Kedua-dua sahabat itu terus membisu. Masing-masing memikirkan tentang nombor. Betulkah ada nombor membawa tuah dan yang lain tidak?

"Apa yang aku tahu, orang Cina cukup taksub dengan nombor 8 - ada 'ong' kata mereka," Ramey memecah kesunyian.
"Tapi apa yang aku dengar, jangan sebut itu pada orang India, ia lambang kematian," balas Zidan. Kedua-duanya serentak terkekeh-kekeh.

Bagaimanapun seorang ahli fizik, Prof.Dr. Norhisham Wahab mengaku melalui kajiannya ada nombor yang membawa keburukan dan kebaikan.

"Benar, nombor ada semangat atau tenaga semula jadi yang boleh membawa keburukan atau kebaikan. Jadi, jangan terkejut kalau ada orang gunakan nombor tertentu untuk menjadikan dirinya bertuah.
"Setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang," jelas Prof.Dr. Norhisham.

Pengasas rawatan terapi warna di Malaysia ini berpendapat, kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakan dengan betul, insya-Allah dia akan berjaya.

"Tidak perlu jumpa bomoh-bomoh," katanya berseloroh. Lalu Prof. Dr. Norhisham menghuraikan rahsia nombor dan kegunaannya hasil kajiannya itu.

1 - Satu
Lambang keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan.
Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang.
Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.

2 - Dua
Nombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh.
Menurut Prof. Dr. Norhisham, bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi dibawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu.
Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan.
"Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insha-Allah..tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh," tambahnya lagi.

3 - Tiga
Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan.
Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk.
Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah.
Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya.
Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.

4 - Empat
Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi.
Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insha-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.

5 - Lima
Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelekual yang tinggi.
Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan.
Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan.
Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.

6 - Enam
Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk.
666 adalah lambang syaitan - gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran.
Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib.
Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.

7 - Tujuh
Inilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu.
Insha-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulangi 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan.
Caranya mudah - palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.

8 -Lapan
Orang Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendpatkannya - untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap.
Sebabnya.. kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan. Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan, kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian.
Jika anda tidak tahu rahsia 8, jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.

9 - Sembilan
NOMBOR ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap.
Tapi, jangan bimbang..walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!

10 atau 0
Sombol keabdian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran - tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir.
Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang bernung dibawahnya. Hanya Pencipta memilikinya.

Menurut Prof. Dr. Norhisham, mengetahui nombor peribadi penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan dan insha-Allah. tidak wujud penyesalan.
Kita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan.

Semuanya akan menjadi nyata kalau anda tahu apa rahsia nombor peribadi anda. Nak tahu nombor peribadi? Formula secara ringkasnya:
Campurkan tarikh lahir anda. Misalnya 12-12-1969= 1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 ( 3+1=4) Jadi nombor peribadi anda adalah 4.

Tetapi itu bukanlah perkiraan yang tepat. Ia hanya anggaran kasar sahaja. Ujian secara rohani diperlukan kerana hanya kita yang tahu rahsia sendiri....

Cinta-cinta

Nie ader lah beberapa tanda-tanda awal nak make sure betul ker kiter dah jatuh cinta ngan seseorang.....

TANDA-TANDA AWAL

1) You ada ramai kawan tapi dalam banyak-banyak tu you asyik ingat kat dia sorang jer..dia sihat ke tak..dia dah makan ke belum..dia ingat kat you ke tak.

2) You jadi resah gelisah kalau tak dapat dengar suara dia, You jadi malap, kelabu asap, tapi bila dengar suara dia YOU automatik segar bugar, perut lapar terus kenyang..

3) Uiii.. You cemburu bila dia bercerita tentang kecantikan/kehenseman perempuan/lelaki yang dia jumpa..Kekadang YOU rasa You kecik hati dengan dia pasal asyik cerita pasal orang lain yang lebih hebat dari YOU.

4) YOU dapat jumpa dia sekali jer dalam sebulan so bila dapat jumpa dia YOU rasa macam dunia ni YOU yang punya. Balik rumah wajah dia asyik terbayang di mata YOU tapi YOU pun hairan kenapa YOU mesti ada perasaan macam tu terhadap dia..

5) Surat, kad raya, tiket bas, sampah atau apa saja pemberian darinya, YOU simpan sampai penuh almari rumah YOU. Kalau ada lipas gigit salah satu barang pemberian darinya pasti mampus lipas tu YOU
gigit balik...uiii..ganehnyer.. wakakakak....cam betul jerk! heh....:?

6) Kadang kala YOU sengaja buat perangai nak bagi dia jeles kat YOU tapi dia sikit pun takder respon sebaliknya YOU sendiri yang makan hati..tapi YOU tak sedar kenapa You buat macam tu..kenapa You nak
bagi dia jeles kat You?

7) YOU percaya padanya. YOU sedia berkongsi apa saja cerita dengannya. YOU juga suka mendengar celotehnya walaupun kadang-kala ceritanya membosankan You tapi You tetap sudi melayan karenahnya.

8) Bila family YOU sebut pasal jodoh, YOU cakap belum ada calon tapi dalam kepala otak YOU dok terbayang-bayang YOU bersanding dengan dia..cis!!

9) Hmm...itu adalah secebis perasaan YOU kat dia namun apakah makna perasaan tersebut? Nak kata kawan biasa..kenapa You treat dia baguih semacam jer? Alah mengaku sajalah yang You ni dah jatuh hati
padanya..

AND, last but not least...

10) YOU tau tak mengikut survey, itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda awal orang yang dah JATUH CINTA. Perasaan tu sedikit sebanyak akan menyiksa diri You sendiri. YOU tau kenapa? Sebab You punya ego tu tinggi sangat...apa susah sangat ker You nak declare yang You ni betul-betul falling in love kat dia..ops..i'm sorry... perempuan memang la susah sikit takut perigi cari timba pulak kan..tapi setiap orang ada cara tersendiri..

2014 dah nak abis? 2015 around the corner je? dan kalau rasa tak sabar nak pegang tangan tok kadi...So kepada you all kat luar sana, kalau ada perasaan seperti yang I senaraikan kat atas tu pada orang tertentu..selidiklah betul-betul then jangan tunggu lama-lama... pepatah I sendiri mengatakan " kecewa CINTA ditolak adalah lebih baik daripada kecewa terlepas CINTA"...

heh...so, amacam? tepuk dada tanye hati or slera! memane ler yg kowang suke! :?

Mimpi

Oh pagi tadi aku bermimpi.. Oh aku bermimpi berada dalam zon perang, tetapi sebagai pemerhati.. Aku berlari, sementara orang lain tidak berlari.. Aku menyorok.. Dan aku sedar..

Aku buka laptop.. Aku buka internet.. Aku cari "tafsiran mimpi".. Aku jumpa.. Aku kongsi.. Tetapi aku tidak jumpa tafsiran mimpiku.. Adakah mimpi itu menunjukkan aku penakut? Huhu

---------------------------------------------------------------------------------------

Tafsiran mimpi


Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian

Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat

Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar

Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa

Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain

Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat

Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira

Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala

Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar

Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran

Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan

Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat

Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang

Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian

Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan

Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan

Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat

Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan

Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh

Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar

Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar

Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya

Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati

Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup

Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai

Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita

Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berdukacita

Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa

Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan citacita anda akan berjaya.

Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.

Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.

Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.

Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orangorang besar.

Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.

Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.

Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat

Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati

Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu

Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang

Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik

Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat

Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga

Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan

Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w

Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan

Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal

Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna

Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung

Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar

Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri

Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit

Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak

Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh

Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan

Jika bermimpi kanakkanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak


Mimpi Berkaitan Alam Semulajadi Dan Tanaman

Bermimpi mengenai batu batu halus alamatnya anda akan terlepas dari kedukaan

Bermimpi makan tanah liat anda akan mendapat harta

Seseorang yang bermimpi emas yang banyak di dalam rumahnya alamatnya anda akan menjelaskan segala hutang piutang

Jika anda bermimpi hujan turun dengan lebat, anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal.

Jika bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah menandakan anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.

Sekiranya bermimpi naik ke atas angin dan tetap di sanaanda akan menjadi raja.

Sekiranya anda bermimpi melihat matahari dan bulan, bulan turun ke riba atau masuk ke lengan baju, anda akan memperolehi kejayaan di dunia.Sebaliknya jika melihat matahari terbelah dua atau hitam warnanya
menandakan raja di negeri itu mati atau negeri itu akan mendapat huruhara.

Jika bermimpi mendengar halilintar atau guruh petir menandakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.

Jika bermimpi tebu anda akan dimurahkan rezeki sebaliknya jika bermimpi menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh menandakan anda akan memperoleh untung yang banyak

Bermimpi pohon gandum,padi atau kacang hidup dengan subur manandakan anda akan memperoleh rahmat allah, sebaliknya jika bermimpi menanam tanaman yang masam anda akan berdukacita.

Jika bermimpi menanam kapas anda akan mendapat untung

Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang menandakan anda akan terlepas dari bahaya.Jika bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh kesakitan

Jika anda bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat

Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan beroleh nikmat di dunia dan akhirat

Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.

Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita.

Jika bermimpi makan buah timun alamatnya anda akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan

Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan

Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri yang bijaksana

Bermimpi tentang emas,perak atau timah menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan

Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan mendapat kekayaan


Bermimpi Akan Haiwan

Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.

Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta citacita anda akan dimakbulkan Allah.

Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orangorang besar akan berkelahi sesama sendiri.

Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan

Jika bermimpi melihat **** atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh **** atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.

Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.

Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang

Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang

Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu

Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik

Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orangorang jahat

Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia

Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki

Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda

Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita

Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki

Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh

Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku

Bermimpi kutu atau hamamelekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana

Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan

Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri

Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan

Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda

Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki

Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta

Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian

Jika bermimpi makan tahi alamatnya anda akan memperoleh harta yang halal dan akan sembuh dari penyakit

Jika bermimpi mencium bau kasturi atau anbar alamat orang itu akan sakit

Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan mendapat harta kekayaan yang halal

------------------------------------------------------------------------------------

Mimpi mengenai badan sendiri

Bermimpi bercermin muka
= anda hendaklah berhati-hati dalam sesuatu tindakkan yang anda lakukan

bermimpi hidung berdarah
= anda akan mengalami keuntungan walaupun sekadarnya

bermimpi memotong rambut atau bercukur
= ada diantara kaum keluarga yang terganggu kesihatannya

bermimpi muka masam
= Anda akan mengalami kerugian

bermimpi muka terlalu bahagia dan berseri
= khabar baik bagi anda dan sahabat anda

bermimpi rambut menutup mata
= Dirinya akan mengalami celaan atau ejekan

jikalau anda bermimpi menjahit pakaian anda sendiri
= bererti anda akam menemui kenalan atau cinta yang baru

kalau bermimpi kepala yang timbul luka yang banyak
= alamat akan memperolehi keuntungan

bermimpi melihat rambut palsu
= anda akan ditipu oleh orang yang disangka kawan rapat sendiri

memotong rambut orang lain
= berhati-hati terhadap rencana yang akan datang

mencuci rambut
= hendaklah berhati-hati dan janganlah bersikap serampangan kerana akan tiba pergaduhan

menyikat rambut dan mencuci rambut
=kesengsaraan dirinya atau kesedihannya akan segera berubah menjadi senang dan gembira

rambut berguguran
= akan tiba kesedihan dan alamat kurang baik


bermimpi tidak berpakaian
= bererti anda akan didatangi masa yang kurang baik yang tidak diduga sama sekali.

Bermimpi kehilangan baju
= akan bersusah hati

mimpi memakai baju putih
= anda akan difitnah orang

bermimpi berjumpa anak yatim
= hidup anda akan penuh kegembiraan

bermimpi mendengar suara ibu
= akan tiba berita berharga untuk anda

jika bermimpikan keluarga
= anda akan berusaha dalam satu perjuangan

-----------------------------------------------------------------------------------

Oh..

Pokok Gharqad (African Boxthorn)


















Kalau sapa² yang nampak pokok Gharqad ada ditanam di Malaysia nie....harap² dapt panggil Majlis Agama suroh tebang ok.... Nama lain African boxthorn

Di masjid tempat aku bersolat terawih di sini,
ada istimewanya kerana selepas salam kedua ada sedikit tazkirah sebelum disambung rakaat yang seterusnya. tazkirah ini tak lama, adalah dalam 5-6minit sahaja, tetapi cukup memberikan pengajaran dan ilmu. malam ni, ustaz tersebut membaca sebuah hadith seperti di bawah. hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang- umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu- batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang- orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

Dengan masa yang agak singkat, beliau menceritakan akan gementarnya puak² yahudi tentang kebenaran hadith ini, maka dengan rancaknya mereka sekian lama mencari tapak untuk menanam pokok- pokok telah ditanam secara meluas di tanah palestin. Betapa gilanya orang yahudi ini, yang menentang orang islam, tetapi dalam masa yang sama mempercayai kesahihan hadith ini.

Entah kenapa, hati aku teramat tertarik dengan hadith ini. Selepas solat terawih, aku masuk ke dunia cyber ini, mencari maklumat mengenai perkara berkaitan dengan hadith tersebut.banyak artikel yang terdapat dalam internet yang aku jumpa mengenai pokok gharqad ini, ianya juga dikenali dengan nama Boxthorn.

Dalam banyak² halaman internet yang paling menarik perhatian aku ialah halaman kerajaan yahudi ini sendiri di israel. Halaman ini ialah Jewish National Fund.( http://www.jnf.org ) dari maklumat yang ada di halaman itu, yahudi ini ada satu dana kebangsaan yahudi yang khas untuk penanaman pokok!!!

Bayangkan, satu dana kebangsaan khas untuk tujuan tersebut di samping TUJUAN UTAMAnya adalah mencari tanah untuk puak² yahudi ini tinggal. JNF ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek² lain. wallahualam la pokok apa yg ditanam sebanyak 220 juta itu.

Tetapi jika benar, pokok gharqab ini yang ditanam mereka, maka sahlah yahudi ini sememangnya mengakui
kebenaran Islam tetapi tetap menentang Islam."

http://www.presoz.com.au/landcare/images/weed.jpgs/African%20Boxthorn.jpg

p/s : Aku hanya menyampaikan....