Tuesday, August 29, 2006

Rahsia-rahsia

Rahsia Tarikh Lahir

Marilah sama-sama kita mencubanya !

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan
apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita
pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.

Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan
nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor
tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita
untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar
mempelbagaikan pilihan yang kita ada.

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

------------------------------------------------------------

1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru.
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh
mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan
kebiasannya adalah pemimpin atau boss.Bekerja sendiri merupakan
pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari:
Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik.
Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1:
Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona
Judd Nancy, Reagan, Requel Welach
-----------------------------------------------------------

2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat.
Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan
perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak
hati. Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat
mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;
tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin
itu tidak serasi.

Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar ntuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan
perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:
President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg,Thomas Edison,
Wolfgang Amadeus Mozart.

-----------------------------

3. Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa
berunding.Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat
menghabiskannya.Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan
apa sahaja untuk mencapainya.

Mereka sangat popular dan idealistik.Golongan ini perlu belajar untuk
melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3:
Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali,
Jody Foster

---------------------------------------

4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional.
Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang
apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja
secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan
merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar,
tekun dan adakala dianggap degil.

Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih
baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4:
Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina
Turner, Paul Hogan

----------------------------------------
5. Perintis

Mereka adalah perintis.
Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin
tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat
(enthusiasm).

Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka
disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap
peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi
yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak
pernah terhenti.

Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti
dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu
kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5:
Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van
Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

--------------------------------------

6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan
sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat
adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi
keputusan mereka. Mereka sangat suka untuk membantu dan
menjaga seseorang.

Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
Mereka suka seni musik. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa
yang menjalin persahabatan secara serius.

Golongan ini harus belajar apakah yang boleh
diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:
Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep,
Christopher Columbus, Goldie Hawn

--------------------------------------

7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari.
Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar
untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.

Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka
tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.

Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat
berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara
yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik
dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat suka berahsia.

Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka
perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7:
William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez,
Princess Diana

-------------------------------------

8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik
dan sangat tegas.

Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup
dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka
mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.

Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri
bahawa mereka adalah ketua. Golongan ini perlu belajar untuk
membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut
keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8:
Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Mohd Anuar Jaafar
Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

-------------------------------

9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mereka sangat penyayang dan pemurah.Dengan daya tarikan yang ada,
mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan
dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada
sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.

Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan
orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.

Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan
menyesuaikan diri mengikut persekitaran.

Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh
menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan
(mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan
kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9:
Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria
Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley

Aku dapat no 3.. Ceria..
dari Sabahan.Net

------------------------------------------------------------------------------------
RAHSIA pada SIFAT-SIFAT MATA seorang GADIS

SAIZ MATA
Saiz LEBAR• - kuat berahsia dan pemarah serta mudah berputus asa.
Saiz SEDERHANA -• tidak banyak berahsia, sederhana, mudah bertolak ansur, bertanggungjawab dan suka dimanja.
Saiz KECIL – suka cakap banyak, kelam kabut, periang tetapi• apabila marah lambat sejuk

SIFAT MATA
JARANG BERKEDIP – seorang• yang cukup istimewa, bijaksana, baik hati, setia, bertanggungjawab, tidak cerewet, suka membantu orang lain dan cukup membahagiakan.
SELALU BERKEDIP• – seorang yang pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan amat sabar orangnya.

BENTUK MATA
TERSEMBUL KELUAR – seorang yang tabah tapi• mudah marah.
CENGKUNG KE DALAM – bijak berkata-kata dan sentiasa mahu• hidup senang.
REDUP – mudah dipermainkan, tidak bijak mengawal emosi dan• tidak tetap pendirian.

WARNA MATA
AGAK COKLAT – bersikap lebih• terbuka, cepat mesra, manja, ceria, mudah memahami perasaan orang lain, tidak suka menyakiti hati orang serta jujur. Namun sifat manjanya itu kadang-kala diambil kesempatan oleh orang lelaki.
COKLAT PEKAT – tidak boleh• dipercayai, tidak teguh pendirian, keras hati serta suka menghampakan orang lain.

------------------------------------------------------------------------------------

cara berjalan lak..


1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan
rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

hahaha.. jika jalan mengengkang, pandai2 la yer..
dari Telatah.com

----------------------------------------------------------------------------------------------

dari Sabahan.Net

Rahsia Nombor dan tarikh lahir

Fehhhh! Menarik nombor rumah itu," kata Ramey apabila terpandang tulisan No.1, Jalan Tempinis 1/1 - pada sebuah banglo. "Haiii! Ada juga manusia yang percaya nombor macam tu!" kata Zidan yang duduk di sebelah. Mereka sama-sama ketawa, sementara Ramey terus memandu.


Kedua-dua sahabat itu terus membisu. Masing-masing memikirkan tentang nombor. Betulkah ada nombor membawa tuah dan yang lain tidak?

"Apa yang aku tahu, orang Cina cukup taksub dengan nombor 8 - ada 'ong' kata mereka," Ramey memecah kesunyian.
"Tapi apa yang aku dengar, jangan sebut itu pada orang India, ia lambang kematian," balas Zidan. Kedua-duanya serentak terkekeh-kekeh.

Bagaimanapun seorang ahli fizik, Prof.Dr. Norhisham Wahab mengaku melalui kajiannya ada nombor yang membawa keburukan dan kebaikan.

"Benar, nombor ada semangat atau tenaga semula jadi yang boleh membawa keburukan atau kebaikan. Jadi, jangan terkejut kalau ada orang gunakan nombor tertentu untuk menjadikan dirinya bertuah.
"Setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang," jelas Prof.Dr. Norhisham.

Pengasas rawatan terapi warna di Malaysia ini berpendapat, kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakan dengan betul, insya-Allah dia akan berjaya.

"Tidak perlu jumpa bomoh-bomoh," katanya berseloroh. Lalu Prof. Dr. Norhisham menghuraikan rahsia nombor dan kegunaannya hasil kajiannya itu.

1 - Satu
Lambang keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan.
Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang.
Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.

2 - Dua
Nombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh.
Menurut Prof. Dr. Norhisham, bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi dibawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu.
Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan.
"Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insha-Allah..tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh," tambahnya lagi.

3 - Tiga
Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan.
Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk.
Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah.
Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya.
Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.

4 - Empat
Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi.
Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insha-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.

5 - Lima
Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelekual yang tinggi.
Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan.
Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan.
Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.

6 - Enam
Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk.
666 adalah lambang syaitan - gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran.
Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib.
Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.

7 - Tujuh
Inilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu.
Insha-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulangi 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan.
Caranya mudah - palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.

8 -Lapan
Orang Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendpatkannya - untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap.
Sebabnya.. kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan. Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan, kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian.
Jika anda tidak tahu rahsia 8, jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.

9 - Sembilan
NOMBOR ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap.
Tapi, jangan bimbang..walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!

10 atau 0
Sombol keabdian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran - tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir.
Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang bernung dibawahnya. Hanya Pencipta memilikinya.

Menurut Prof. Dr. Norhisham, mengetahui nombor peribadi penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan dan insha-Allah. tidak wujud penyesalan.
Kita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan.

Semuanya akan menjadi nyata kalau anda tahu apa rahsia nombor peribadi anda. Nak tahu nombor peribadi? Formula secara ringkasnya:
Campurkan tarikh lahir anda. Misalnya 12-12-1969= 1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 ( 3+1=4) Jadi nombor peribadi anda adalah 4.

Tetapi itu bukanlah perkiraan yang tepat. Ia hanya anggaran kasar sahaja. Ujian secara rohani diperlukan kerana hanya kita yang tahu rahsia sendiri....

No comments:

Post a Comment