Wednesday, April 09, 2014

Berantakan

Company ini telah berantakan. Belum keluar produk lagi dah ada dua factions. Ini lah melayu punya bisnes.

Dan aku lah yang kena serve dua-dua company ni. Ish.

Monday, April 07, 2014

Motivasi 2

Saje letak disini. Lepas balik meeting semalam dengan Abang Joe, Nik dan Shahzan, makin bersemangat pulak. Dah dapat password untuk facebook page, maka lepas ni upload la segala macam info kesana, dari blog ini juga boleh, dan mungkin akan handle group dan pengiklanan di group-group di facebook tu. Kena lah call Mustaq tanya pendapat. Ermm bila boleh hire dia pulak pasni ye..FB dan Twitter dah ada.




Saturday, April 05, 2014

Lesen Borong

Kenapalah syarikat ini yang telah lama mengilangkan produk kosmetik / personal care tak tahu bahawa kedai yang mereka punya perlu ada Lesen Borong untuk memasarkan produk tradisional berdaftar? Syarikat ini telah lama beroperasi dengan lesen amalan pengilangan baik, mempunyai lesen import yang mengimport produk tradisional dari Indonesia dan baru-baru ini mendapat Halal, tetapi tetap tidak mematuhi arahan.

Atau kedai mereka itu kedai haram? Tak tahu ke mereka bahawa untuk menjual barangan yang mempunyai MAL (Traditional) perlu ada Lesen Borong? Kan dah kena sita barang dan owner perlu datang ke Biro kerana dipanggil inquiri. Kenapakah owner tidak dinasihati pembantunya yang selalu membantunya itu? Atau adakah pembantunya itu seorang pelupa? Mungkin kerana terlalu besar bekalan darah tidak sampai ke kepala.

Lesen Borong perlu, sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Peraturan 12 (1):

  1. Lesen Pengilang
    1. Pengilang dikehendaki untuk memohon Lesen Pengilang untuk mengilang produk berdaftar di premis dan menjual secara borong atau membekalkan produk tersebut. 
  2. Lesen Mengimport 
    1. Pengimport dikehendaki untuk memohon Lesen Mengimport untuk mengimport dan menjual secara borong atau membekal keluaran berdaftar dari premis pengimport. 
  3. Lesen Pemborong 
    1. Pemborong dikehendaki untuk memohon Lesen Pemborong untuk menjual secara borong atau membekalkan produk berdaftar dari premis pemborong.

Produk berdaftar adalah sejenis ubat yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk dijual/digunakan di Malaysia. Ubat ini telah dinilai dan diuji untuk keberkesanan dan keselamatannya. Setiap produk berdaftar diberikan nombor pendaftaran, yang perlu dicetak pada label atau bungkusannya. Semua nombor pendaftaran produk bermula dengan 'MAL', sebagai contoh MAL12345678A.

http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?&menuid=142

Motivasi

Hari ni adalah hari motivasi roti basi




Collagen drink

Salam.
Hari ni kita study tentang collagen dan mungkin bird's nest yer. Ini untuk menambah produk.
Selepas ni kami keluarkan collagen drink pula.

Collagen dalam market melayu dah tepu, jadi sekarang orang sentiasa keluarkan yang baru dan tambahan dari produk lama. Contoh dulu Collagen 3000+, sekarang dah Collagen 9 juta+ pula. Menurut orang Jalan Raja Bot, kena la keluarkan produk yang melebihi produk orang lain yang ada di pasaran sekarang, baru lah orang beli.

Menurut produk dibawah ni, collagen dicampur dengan silver nano particles untuk menjadikan produk untuk orang diabetes. Tapi mungkin kita tak buat sebab fokus pada kecantikan saja. Mungkin pada masa hadapan.



Friday, April 04, 2014

Aries

Aries (21 Mac - 19 April)


Dia selalu membiarkan org berjalan dihadapan dia tetapi selalunya dia yg akan sampai dahulu. Dia seorang yg sangat berhati hati, halangan kecil tidak mematah semangat lelaki aries. Bagi diorg ni, life is a serious matter. Seorg yg romantic, gentle tapi didalam sgt keras.

Apabila dia nekad nk lakukan sesuatu, dia akan berusaha bersungguh sungguh. Dia takkan tunjuk emosi dia bile berhadapan dgn tekanan. Orang di sekeliling lelaki aries takkan nampak diorg ni sedih atau tertekan. Dia sangat pandai menyimpan perasaan.

Dia tak suka masuk campur hal orang. Dia lebih pentingkan his own bussines. Dia boleh jadi seseorang yg byk berckp, tp dia takkan memberi nasihat kalau tak diminta. Dia seorang yg menghormati senior dan org tua. Dia jenis lelaki yg selalu menziarahi parents.

Dia sedikit pemalu tp seorang yg degil. Dia akan sentiasa cari jalan untuk membahagiakan anda sehingga anda merasakan he's important to u. Bila dia mendapat kuasa, dia sangat bijak menggunakan kuasa nye dengan gentle. Dia seorang ketua yg baik. Dia seorang bercita cita tinggi dan workaholic. Dia akan terus berusaha sehingga dia puas hati. Pujian dari boss tak penah cukup bagi si dia untill he get his reward. Dia suka menyimpan barang yg berharga. sometimes kita ingat dia kedekut tapi dia boleh berbelanja for travelling or apa saja yg boleh dia hepi or yg dia perlukan.

Study lah

Oleh kerana telah terjebak dengan company ini,
kena lah buat research study dan market review.

Ini lah yang kena baca




Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir kepadaku.
Hari ni dapat perfume dari Body Shop, pemberian isteri.
Powdery fragrance, mungkin alahan akan berlaku.

Sekali terluka bukan bermakna sifat pisau itu hanya untuk melukai..

Totally unrelated:


Creamako

Creamako

Sampel dah distribute. Sedang menunggu testimoni.
Sampel dengan Areca catechu memang pedas dan pijar.

Harga jualan RM 50 per tube tetapi nak buat packing 3 tube.
Boleh push tetapi mungkin cycle jualan akan lambat kerana krim tak habis-habis.
Mungkin pengguna akan beli 2-3 bulan sekali saja.

Testimoni den

Memang pedas. Pijar. Berdenyut-denyut. Sapulah dua tiga kali dah ok.






Thursday, April 03, 2014

Abang Abu



Dah lama nak ikut seminar Abang Abu ni, asyik tak ada duit je..

Buku-buku yang dibaca

Kebanyakan business, motivational, financial education, affirmations, etc..

erm ni la list aku
kebanyakan tak habis baca lagi hehe
nak tambah lagi tapi nak cari rak buku lebih luas

1- Zero to Zillionaire - Chellie Campbell
2- Why we want you to be rich - Robert Kiyosaki, Donald Trump
3- 365 Stories to make you rich - Chellie Campbell
4- The Only Leadership Book You Ever Need - Stark & Flaherty
5- CEO Priorities - Neil Giarrattana
6- What they teach you at Harvard Business School - Philip Delves Broughton
7- Awaken the giant within - Anthony Robbins
8- The Path to Power and Transformation - John Mcgrail
9- The Millionaire Next Door
10- The Lazy Millionaire - Marc Fisher
11- The Success Principles - Jack Canfield
12- The Richest Man in Babylon
13- Secrets of the Millionaire Mind - T Harv Eker
14- Cashflow Quadrant - Robert Kiyosaki
15- How to get from where you are to where you want to be - Jack Canfield
16- 7 Habits of highly effective people - Stephen Covey
17- Think and grow rich - Napoleon Hill
18- Think your way to wealth - Napoleon Hill
19- 7 Habits of highly effective families - Stephen Covey
20- 10 Day MBA
21- Syed Mokhtar Albukhary - Biography
22- I Love Stocks - Pauline Yong
23- I Love Financial Planning - Pauline Yong
24- The Personal MBA
25- The Education of Millionaires
26- Delivering Happiness - Tony Hsieh
27- Choose Yourself! - James Altucher
28- The Secret

- No 5, 6, dan 20 utk org yg nak ambil MBA. No 6 sebenarnya seperti novel tapi bagus sebab memperkenalkan kita kepada jargon2 business.
- No 9 bagus dia cerita org amerika yg kaya sbnrnya tinggal dan hidup sederhana. Malah ada yg kedekut pun. Macammana nak kaya dgn menjadi business owner.
- No 11 dan 15 bagus utk mula transformasi diri. Ada exercise utk kita buat. No 11 tak habis baca lagi
- No 17 dan 18 pun ada exercise utk buat elok beli buku workbook dia skali.
- No 12 bagus utk kita blaja disiplin duit dan bayar hutang. Berapa allocation sebulan dan cara simpan wang yg betul. Sangat recommended.
- No 13 bagus utk setup minda dan tukar mindset. No 2, 7, 8 pun sama
- No 2 tu bagus cerita ttg OPM, OPR, OPT. Leverage dan lain pun ada. Mmg bagus.
- No 21 ttg bagaimana SMB bermula..
- No 26 tu bagus tentang macammana Tony Hsieh buka company jual kasut (Zappos) bernilai 1 billion dollar sekarang. Sales mereka 1 billion pada 2011 tak silap. Juga sejarah bagaimana dia sampai kepada buka company yang mempunyai sales 1 billion dollar.
- No 27 tengah baca

Yang lain tak igt atau tak habis baca lagi.
Ada juga kalau kita nak cari di internet tak mampu beli buku, cuba tgk kat youtube nama2 ni Jack canfield, Brian Tracy, T harv Eker, Jim ROhn, etc.. Earl Nightingale pun ok jgk. Download dlm btk mp3 dan dgr bila pergi balik kerja

Kalau website ada addicted2success.com, business insider, SUCCESS Magazine, Entrepreneur magazine, Readtoawake, Blog Richard Branson. Kalau malas subscribe je kat sini MHI-Positivity

Lain kali saya update.