Saturday, April 05, 2014

Lesen Borong

Kenapalah syarikat ini yang telah lama mengilangkan produk kosmetik / personal care tak tahu bahawa kedai yang mereka punya perlu ada Lesen Borong untuk memasarkan produk tradisional berdaftar? Syarikat ini telah lama beroperasi dengan lesen amalan pengilangan baik, mempunyai lesen import yang mengimport produk tradisional dari Indonesia dan baru-baru ini mendapat Halal, tetapi tetap tidak mematuhi arahan.

Atau kedai mereka itu kedai haram? Tak tahu ke mereka bahawa untuk menjual barangan yang mempunyai MAL (Traditional) perlu ada Lesen Borong? Kan dah kena sita barang dan owner perlu datang ke Biro kerana dipanggil inquiri. Kenapakah owner tidak dinasihati pembantunya yang selalu membantunya itu? Atau adakah pembantunya itu seorang pelupa? Mungkin kerana terlalu besar bekalan darah tidak sampai ke kepala.

Lesen Borong perlu, sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Peraturan 12 (1):

  1. Lesen Pengilang
    1. Pengilang dikehendaki untuk memohon Lesen Pengilang untuk mengilang produk berdaftar di premis dan menjual secara borong atau membekalkan produk tersebut. 
  2. Lesen Mengimport 
    1. Pengimport dikehendaki untuk memohon Lesen Mengimport untuk mengimport dan menjual secara borong atau membekal keluaran berdaftar dari premis pengimport. 
  3. Lesen Pemborong 
    1. Pemborong dikehendaki untuk memohon Lesen Pemborong untuk menjual secara borong atau membekalkan produk berdaftar dari premis pemborong.

Produk berdaftar adalah sejenis ubat yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk dijual/digunakan di Malaysia. Ubat ini telah dinilai dan diuji untuk keberkesanan dan keselamatannya. Setiap produk berdaftar diberikan nombor pendaftaran, yang perlu dicetak pada label atau bungkusannya. Semua nombor pendaftaran produk bermula dengan 'MAL', sebagai contoh MAL12345678A.

http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?&menuid=142

No comments:

Post a Comment