Wednesday, July 02, 2014

Berhenti Kerja Bank dan Menjadi Zuhud

Erm aku pun macam ni jugak sekarang, semua gaji pun tak cukup2. Anak incoming plak tu.. Kena kurangkan wahan..

Cerita daripada blog Izzuddin Yussof ini menjadi viral apabila beliau menceritakan kisah sebenarnya daripada seorang yang bekerja 9-5, dengan gaji yang agak hensem menjadi seorang yang zuhud.
Anda boleh duduk tenang dan enjoy baca cerita beliau di bawah. Layan.
Selepas Graduasi…
Dulu selepas graduasi, sama seperti kebanyakan graduan yang lain aku terus mencari kerja. Pada asalnya ada dua syarikat yang aku sangat teringin nak masuk, iaitu Bank Negara Malaysia dan Khazanah. Kenapa? Of course, sebab gaji diorang tinggi dan benefit sangat banyak.
Alhamdulillah dipanggil interview untuk kedua2 BNM dan Khazanah, tapi tak lepas pun akhirnya. Tapi dipanggil interview itu pun lepas aku dah terima tawaran kerja di Public Bank. Memandangkan dua2 tempat tu x dapat, aku pun teruskan jela kerja kat Public Bank. Time tu nak kumpul duit kahwin, jadi x boleh memilih sangat.
Gaji bulanan RM2,800, lepas tolak EPF jadila RM2,400…. Dengan penuh keazaman sebelum kahwin tu aku berjaya simpan sebulan RM2,000. Agak kagum dengan diri sendiri haha, tapi yelah kan, rumah masih lagi rumah parent, kereta pun dah bawak dari UK. RM400 hanya untuk minyak, makan lunch, dan tambang LRT Putra.
8 Februari 2013, alhamdulillah akhirnya bergelar suami. Memandangkan sekarang dah tak ada tekanan untuk simpan duit yang banyak, dan mindset ingin selalu gembirakan isteri, aku pun mula tak berjimat sangat. Lebih malang lagi dari semasa ke semasa ada je masalah, kereta rosaklah, kena bayar saman lah, itu lah, ini lah. Menjadikan aku rasa RM2,800 sebulan tu tak cukup.
Aku dari awal lagi duk membanding-bandingkan gaji aku dengan kawan-kawan yang lain… Walaupun kerja bank ni sebenarnya banyak dia kat bonus (yang aku hanya akan layak dapat kalau dah kerja lebih setahun), tapi aku masih duk bandingkan dengan kawan2 yang dapat RM3,500, RM3,200 sebulan malahan dengan yang dapat RM3,000 pun aku masih bandingkan
Kemudian atas sangat banyak faktor, kerja tak minat, tak rasa otak berkembang, tak rasa menyumbang apa2, tak rasa dapat gaji yang cukup, dan lain2 (oh tapi aku sangat suka collague aku)…. Akhirnya aku quit Public Bank dan keluar jadi financial planner. Satu keputusan yang bukan saja mengubah hidup aku, tapi mengubah cara aku memandang dunia…..
Kehidupan Sebagai Financial Planner
Cerita panjang jadi pendek, Financial Planner (FP) ni memang susah nak hidup buat full time melainkan anda memang jenis muka tebal dan anda memang tak kisah menipu atau cakap lebat bak kata orang. Sebab at the end of the day, untuk survive dan menjadi kaya sebagai FP, anda perlu menjadi salesman. Push untuk jual produk anda kepada siapa saja tak kira benda tu bagus ke tidak.
Hence aku tak suka, dan at the same time aku x berjaya la jugak, sebab memang aku bukan jenis macam tu. Dari awal aku dah set aside lebih kurang 6 bulan worth punya cost of living lepas quit Public Bank tu. Tapi sebab pada asalnya gaya hidup aku tak berubah sangat, 4 bulan punya worth habis dalam masa 2 bulan (of course ada beberapa musibah gak time tu). Hence aku tinggal lagi 2 bulan punya worth…. untuk aku guna…. hanya Allah yang tahu berapa lama…. Aku jatuh ke dalam depression….
So…. gaya hidup aku mula berubah… Daripada sebelum ni aku x kisah bayar Celcom RM98 sebulan, aku tukar amik UMobile yang bayar RM28 sebulan. Makan luar memang dah jarang sangat2…. Kalau makan pun hanya di kedai-kedai makan yang biasa, tidak lagi di Chinese atau Japanese Restaurant atau Buffet seperti sebelum ni…. Dan malahan pada bulan-bulan aku dapat income RM500-RM1,000 pun aku dah cukup gembira dan merasakannya banyak…
Banyak…? It’s not even half of my previous salary at Public Bank…. But indeed, rezeki itu di tangan Allah….
Let me share with you one story….
Udang
Pada zaman-zaman depresion time tu, tengah x tentu hala tuju dan xde duit, aku tiba-tiba mengidam nak makan udang goreng. Well… kalau time aku kerja Public Bank dulu of course malam tu jugak aku akan keluar ke Chinese Restaurant ke atau Steamboat Buffet mana2 untuk makan udang. Tapi time tu aku xde duit… Jadi just cerita2 mengidam la kat wife aku yang aku teringin nak makan udang….
Beberapa hari kemudian…. tiba-tiba ayah saudara isteri aku datang. Dia kata ada kawan dia dari Sabah datang Semenanjung dan bagi dia banyak udang2 besar tahap tapak tangan…. Memandangkan diorang tak selalu sangat masak kat rumah jadi dia bagi kitorang…. Dan memandangkan kat rumah ni aku dengan wife aku je makan udang…. Jadi semua udang2 besar tahap tapak tangan yang aku x pernah jumpa kat pasar di Msia tu pun semua dapat kat kitorang…..
Masa tu rasa sangat…. Sangat rasa… Yang rezeki tu bukanlah dari pekerjaan kita, bukan boss kita, bukan kerajaan… Malahan rezeki itu bukan dalam bentuk duit…. Tetapi rezeki itu dari Allah… dalam bentuk sesuatu yang kita merasa nikmat ketika memperolehinya…..
Orang yang mempunyai duit RM10 juta sekalipun, mungkin rezekinya hanyalah RM500,000…. selebihnya akan ditinggalkan untuk keluarganya selepas dia meninggal….
Antara Duit, Rezeki dan Zuhud
Sambung cerita…. So selepas 2 bulan berhenti kerja aku hanya tinggal 2 bulan punya duit utk hidup…. And guess how long I was able to survive with that amount of money? Approximately 6 months…. 6 bulan…. tripled the amount I should have been able to survive….
Yup, dari semasa ke semasa ada rezeki lain yang datang…. Aku ubah gaya hidup, aku lebih bersyukur apa yang ada, dan sabar melihat dugaan2 dunia…. Dan akhirnya duit aku memang literally habis… Emmm… around RM20? lol….
Tiba2 Allah bagi lagi rezeki dengan ada orang nak beli kereta aku, dan aku sendiri dapat tempat untuk sambungkan pelajaran… Dan lepas tu aku dapat pinjaman MARA…. It’s not much, just around RM800 per month….
Still…. bagi aku yang sekarang… RM800 itu sangatlah cukup. Sangat…. Aku tak lagi bandingkan dengan pilihan-pilihan biasiswa yang lain, ataupun dengan pekerjaan yang lain… Atau tak juga berasa menyesal meninggalkan kerja di Public Bank yang kalau aku teruskan mungkin purata pendapatan bulanan aku dah sama dengan kawan2 yang lain….
Selain tu aku pun dah terpaksa downgrade kereta aku daripada Mazda 6, kereta yang aku sangat suka dan brand idaman aku sejak aku di bangku sekolah lagi kepada kereta kancil tahun 1996 (dah 18 tahun tu haha)…. Pada asalnya rasa tersangatlah tak best… pick up slow sangat, gear ada sampai 4 je, pastu air cepat habis yang perlu isi balik setiap 2-3 kali guna… Tapi still, alhamdulillah sekarang dah biasa, dan kalau dulu bawak Saga aku rasa tak best, sekarang rasa bawak Saga pun dah cukup best…. Yang penting aku masih boleh pergi ke mana aku perlu pergi dengan kancil tu…..
Dari RM2,800 kepada RM800
Dari Mazda 6 kepada Kancil 1996 gear 4…
Aku masih lagi bersyukur kerana Allah meletakkan aku melalui semua itu…. Kerana dengannya aku mengerti erti duit, erti rezeki, dan erti nikmat…..
Dan yang paling penting sekali….
Kini aku mengerti erti zuhud….
Iaitu bersyukur dengan apa yang ada, dan redha dengan nikmat yang ditarik….
Sebagai tanda kita meletakkan dunia di tangan, bukannya di hati….
Setahun, semenjak aku keluar dari Public Bank…. Itulah tempoh untuk Allah memberiku tarbiyah berkaitan erti rezeki, nikmat dan zuhud….
Kini aku memilih untuk membuat apa yang aku suka, apa yang aku rasakan akan memberi manfaat kepada orang, walau dapat menolong orang lain walau secebis pun, aku merasa puas dan terus bersyukur dengan setiap nikmat dan pemberian Allah…. Dan nilai duit bukan lagi menjadi ukuran utama sekarang ni….
Aku yakin satu hari nanti aku akan kembali diuji…. Tapi aku pohon semoga Allah kekalkan sifat zuhud ini dalam diriku, isteriku dan keluargaku….. Dan kuatkan kami dengan sabar dan redha….

Selamat berpuasa


Kisah Lelaki Tua

Well, sejak lepas kena tipu dalam bisnes ni, aku cuba cari kisah2 untuk menghiburkan hati dan mungkin relect cara hidup yang sentiasa tak cukup2.. Aku jumpa kat blog thevocket.com

Cerita ini asalnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dato’ Roslan Ab Hamid. Dan ia mendapat perhatian ramai dengan menerima jumlah like dan komen yang tinggi. Cerita ini memberi inspirasi kepada orang ramai bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini. Kami kongsikan kisah Lelaki Tua Berkain Pelikat ini di bawah. Enjoy!
****
Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.
Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.
Rumah agam besar dan menarik.
Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq.
Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.
Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.
Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?
#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.
#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.
#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,
“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.
#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:
#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..
#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.
#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)
#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.
#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.
#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.
#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.
#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.
***
(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)
***
#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.
#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.
#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.
Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.
Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”
#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.
Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.
#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.
Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)
#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”
Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.
#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.