Sunday, November 02, 2014

Mencari keberkatan

Tadi jumpa Ustaz Fauzi Mat Rani di surau. Dari kejauhan terdengar suara yang macam kenal. Dah lama tak dengar suara ni. Sejak 15 tahun dahulu di tingkatan tiga kali terakhir mendengarnya.

Rupanya Ustaz Fauzi masih aktif berceramah. Ustaz pun masih lagi ingat walaupun ingat2 lupa siapa penulis. Berborak sebentar sekejap tadi disurau bersama ustaz.

Antara intipati ceramah ustaz ialah untuk mencari keberkatan didunia. Antara cara2nya ialah:

  1. Menjaga dan menggembirakan orang tua
  2. Menjaga dan menggembirakan isteri
  3. Menjaga kebajikan kaum kerabat dan adik beradik
  4. Jangan memutuskan silaturahim terutama antara adik beradik
  5. Istiqamah solat dhuha 12 rakaat setiap hari
  6. Solat 6 rakaat sebelum subuh iaitu
    1. Solat Tahajjud 2 rakaat
    2. Solat Hajat 2 rakaat
    3. Solat Taubat 2 rakaat
  7. Setiap hari 7000 kali selawat keatas Nabi Muhammad SAW
  8. Sewaktu 1.30 pagi hingga subuh atau sebelum tidur baca Ya Razzak, Ya Ghanie sebanyaknya dan mintalah rezeki kepada Allah
  9. Melazimi menjaga wuduk setiap masa dan setiap kali sebelum tidur
  10. Jangan tinggal solat fardhu berjemaah kecuali petir dan hujan lebat (ancaman)
Point no 4 masih terasa kerana penulis sering bergaduh dengan kakak dan insyaAllah selepas ini kami berlapang dada.

No comments:

Post a Comment