Tuesday, October 21, 2014

Tips Menjemput Rezeki

TIPS SEBELUM TIDUR ( 20/10/2014/ISNIN)
( Tips membina keberanian bersedekah dengan banyak )
**********************************
1) Mulakan dengan RM1 pada hari pertama, dan RM2 pada hari ke-2, RM10 pada hari ke-10 dan RM40 pada hari ke-40.
2) Jangan takut. Jangan ikut logik .
3) Kerana kita ada sandaran yang kukuh.
*********************************
" Dan apa sahaja yang kamu sedekahkan maka Allah akan menggantikannya." ( Surah Saba': Ayat 39 )

Assalamualaikum ustaz,

Ustaz ingat tk ada satu masa ustaz pernah buat 1 post yg meminta pembaca tinggalkan nombor telefon jika ada masalah dan pada masa itu suami saya meninggalkan nombor telefon beliau melalui fb saya ini.

Masa tu ustaz ada call bertanyakan apa masalah yg kami hadapi. Suami saya mengatakan kami sedang dalam proses membuka kedai dan tidak cukup dalam RM70,000 lagi. Ustaz nasihatkan suami supaya bersedekah RM7k utk dpt RM70k dan yakin dengan Allah SWT.

Alhamdulillah, suami saya berkongsi saranan ustaz itu dengan saya dan kami mula bersedekah kepada sesiapa sahaja yang memerlukan ketika itu tetapi rasanya tidaklah sampai RM7k.. cuma yg pnting niat kami ikhlas dan yakin dengan Allah SWT...

Dan akhirnya selepas 2 minggu kami mula mendapat bantuan demi bantuan yang diperlukan sehinggalah cukup jumlah RM70k yg diperlukan tersebut.

Syukur Alhamdulillah...syukur sangat2. Dan kini kedai kami telah mula beroperasi dan mula menampakkan hasil untuk membayar kembali 'bantuan'2 tersebut.

Terima kasih untuk saranan ustaz tersebut. Syukur Alhamdulillah...

*******************************


Sebelum ini, di sini, pernah dikongsikan tentang strategi menjemput rezeki , (Top 5 ). Iaitu

1) Solat.

2) Takwa

3) Tawakal

4) Istighfar

5) Berbisnes/Bekerja

****************************

No comments:

Post a Comment