Tuesday, October 21, 2014

Mudahnya Menjemput Rezeki

CERITA MMR LAGI...

***********************
Sebenarnya cerita yang bagus-bagus ini terus saja di PM kepada editor; tidak kepada saya ya tuan....sayangnya..tidak sempat pihak editor membacanya.

Tarikh tutup 10/10/2014.

*************************
Siapa yang berkenaan tolong respon kepada saudara-saudara kita yang mungkin belum maklum tentang, projek penerbitan buku 'Himpunan Cerita MMR ' 

*************************

(Mohon Ustaz Jgn Siarkan Nama Saya)

Sedikit Perkongsian Kisah Saya Bersama Buku MMR

*****************************************

Saya seorang pelajar kolej yang tinggal di asrama.

Boleh dikatakan kehidupan saya agak sederhana.Walaupun saya tinggal di asrama,wang yang dibekalkan kepada saya RM20 seminggu tidak mengcukupi dek kerana banyak perkara yang perlu saya langsaikan.

Kadang-kala untuk makan,saya terpaksa membeli sebungkus nasi dan dibahagi dua,sebahagian untuk dimakan waktu pagi dan sebahagian untuk dimakan waktu petang.Selalunya nasi berlautkan telur.Berlapar seharian itu perkara biasa.

Dan kadang-kala saya terpaksa meminjam sedikit wang dari kawan-kawan saya, sehinggakan mencecah ratusan ringgit.Iyelah,untuk membayar yuran,buku,membeli makanan dan sebagainya.

Bukan saya tidak berusaha,saya berusaha juga mencari sedikit duit poket saya sendiri dengan mengumpul tin,botol,kertas untuk dijual dan melakukan kerja-kerja 'survey' di internet.Itupun masih tidak mencukupi.Walaupun saya ada membuat sedikit pinjaman dari sebuah institusi,ianya hanyalah sekadar cukup untuk membayar yuran pengajian sahaja,itupun perlu saya tambah beberapa ratus lagi.

Sudahlah duit 'zero' didalam poket,berhutang pula.Sudahlah hutang lama belum dibayar,hutang baru pula ditambah.

Jiwa saya mula celaru,dan ada masa saya rasa saya perlu berhenti belajar untuk mencari sedikit wang bagi membayar hutang-piutang yang saya tanggung.

Saya selalu berdoa kepada Allah SWT supaya saya dicukupkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan serta keluar dari kesempitan hidup,saya tidak meminta untuk menjadi seorang yang kaya-raya.Cukup sekadar apa yang ada itu diberkati.

******************************************

Dan pada awal tahun 2013 semasa saya di sem 3, mungkin Allah SWT memakbulkan doa saya,saya ternampak buku MMR yang kebetulan kawan saya letakkan di atas meja.

Jadi saya mula memimjam dan membaca buku MMR dari awal hingga akhir dengan penuh kesungguhan.Mungkin apa yang saya cari ada di dalam buku tersebut.

Selepas membaca,saya mula beramal.

Alhamdulillah,semuanya dengan kuasa Allah.

Di dalam masa yang singkat.Rezeki yang saya ada sekarang sentiasa cukup dan datang dari segenap arah tanpa disangka.

Kini,hutang yang saya tanggung dapat saya langsaikan sedikit demi sedikit .Malahan,saya boleh belanja pula kawan-kawan saya,belanja kucing yang tinggal seasrama dengan saya dan memberi pertolongan kepada sesiapa yang memerlukan kerana yakin dengan janji Allah SWT.

Saya bersyukur,dengan perkongsian yang Ustaz Fathuri Salehuddin kongsikan didalam bukunya MMR itu telah banyak merubah hidup saya.Saya yang dulu tidak istiqomah bersedekah kini lebih istiqomah,saya yang dulu tidak pernah solat sunat dhuha kini mula melakukanya.

Saya mula istiqomah bersedekah RM5 ringgit pada setiap hari Jumaat.Didalam masa yang singkat sahaja,apabila saya pulang ke rumah,ada sahaja rezeki berbentuk harta yang Allah kurniakan.RM50-200 itu biasa.Itu baru di dunia.Akhirat?

Dan Saya mula melakukan solat sunat Dhuha.Saya mula dapat merasakan urusan harian saya terasa mudah dan berjalan dengan penuh lancar.

Saya selalu berniat,saya bersedekah,solat sunat dhuha,ini semua kerana saya mahu menjadi seorang hamba yang bersyukur dan bukannya hamba yang tamak.

Pesanan saya :

1.Bersedekahlah ketika susah dan senang

2.Bantulah sesiapa sahaja yang memerlukan
-Teringat saya pada seorang makcik yang jual etok-etok dekat tepi jalan pada hari tu,masa tengah hujanpun masih gagah lagi menjual sambil dipayungkan oleh anaknya (mungkin cucu) yang masih kecil.

3.Berkongsilah sedikit rezeki bersama makhluk Tuhan yang bernama haiwan,kerana haiwan seperti kucing,ayam,burung tak pandai ucap 'Thank You' (sebab tak belajar bahasa enggeris ).

Sekian...


-------------------------------------------------------------------------------------

CERITA MMR LAGI....

*************************
Hai...sayangnya jika editor tidak dapat baca cerita-cerita ini.

Didoakan pengurus projek dapat idea...bagaimana mengatasinya.Amin

Insya-Allah

*************************

Assalamualaikum ustaz,

Maaf mengganggu lewat malam begini. Saya ingin kongsikan satu pengalaman saya sendiri yang benar2 mengajar saya betapa rezeki itu Allah yang beri.

Peristiwa ini berlaku hampir sepuluh tahun yang lalu ketika saya sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana muda. Saya datang dari keluarga yang susah. Sebahagian dari Duit PTPTN saya selalunya saya gunakan untuk belanja dapur keluarga. Sebagai pelajar, Saya menyertai kelab tarian traditional di kampus yang kadangkala mendapat jemputan untuk membuat persembahan di luar kampus.

Pada suatu malam, kelab kami mendapat jemputan dari sebuah syarikat untuk membuat persembahan tarian traditional di sebuah hotel bagi meraikan pekerja mereka. Petang itu, ketika bersiap untuk ke hotel tersebut, saya menyedari yang duit di dalam beg duit saya hanya tinggal RM1 sahaja. Duit itu hanya cukup untuk tambang saya pergi ke hotel sahaja. Saya mula terfikir, 'bagaimana nak balik nanti?' Persembahan habis lewat dan pastinya saya terpaksa ambil teksi utk pulang ke kolej. 'Nak bayar dengan apa?'. Saya hampir tidak jadi utk menyertai persembahan pada malam itu tetapi terfikir bagaimana pula dengan rakan2 nanti? Latihan telah dibuat, mana mungkin dapat cari pengganti selewat ini.

Akhirnya, saya membuat keputusan untuk pergi dan bertawakkal sahaja kepada Allah. Saya pun pergi ke hotel untuk membuat persembahan. Kami mempersembahkan 4 jenis tarian traditional. Apabila selesai tarian yang kedua, tiba-tiba, pereka tari kami masuk ke bilik persalinan, tersenyum, lalu dia mengeluarkan beberapa not RM100! Diserahkan pada kami RM100 seorang! Selalunya, kami tidak mendapat bayaran pun kerana bayaran yang diterima hanya cukup untuk kos makan serta dobi kostum sahaja. Hampir sahaja saya melonjak kerana terlalu gembira! Manakan tidak? Duit yang berbaki di dalam beg duit hanyalah RM0.30 sahaja!

Ya Allah, perasaan saya pada waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu.

Bila saya fikirkan semula, setiap malam, saya hanya mampu untuk makan nasi lemak separuh yang harganya hanya 70 sen sahaja. Pada suatu malam, saya pergi ke cyber cafe untuk print assignment. dalam perjalanan balik ke kolej kediaman, ada sepasang suami isteri yang membawa anak kecil berniaga menjual dadih dn nasi lemak di tepi jalan di hadapan kolej kediaman saya. Kerana kasihankan anak kecil itu, hampir setiap hari saya akan membeli dadih dan nasi lemak dgn mereka walaupun saya tahu yang saya telah belanja lebih dari yang sepatutnya. Saya berfikir, ' kedai makcik tu dah ramai pelanggan, kedai pasangan ni sunyi je. xpe la biar aku beli dengan mereka'. mungkinkah ini caranya Allah membantu saya? Wallahu a'lam...

Mungkin cerita ini tidak sehebat cerita orang lain tetapi kesannya kepada saya sangat dalam.

P/s: maaf ustaz, hantar msg lewat malam. Anak dah tidur baru boleh pegang handphone

Assalamualaikum...


https://www.facebook.com/JemputRezeki

No comments:

Post a Comment