Tuesday, October 28, 2014

Kisah 'Meminta terus dari Allah

Kisah 'Meminta terus dari Allah
************************************
Assalammu'alaikum ustaz..
Saya ingin kongsikan kisah saya dan suami. Mohon agar nama saya TIDAK dipamerkan ya ustaz..
Sebelum ni kami sangat berjaya.. jualan kami ratus2 ribu sebulan. Tapi jujur kami banyak kejar dunia. Kami masih jaga solat cuma kami kurang zikir, kami mula lupakan solat dhuha, kami terlalu sibuk dengan hal bisnes, setiap minggu kami terbang ke sana sini urusan bisnes.
Sampaikan kami alpa dan leka. Kami bergaul dengan insan2 yang tidak elok. Kami biarkan kemungkaran di depan mata. Kami anggap, ini hal biasa dalam bisnes. Kami kunci mulut dan buat tidak nampak sebab yang melakukan ialah orang kuat bisnes kami.
Sampai satu saat, Allah sedarkan kami. Ini semua salah. Kami tinggalkan bisnes dan kemewahan itu. Kami mula daripada bawah semula. Kami pilih bisnes yang halal, tiada unsur penipuan, syarikat islam yang sangat bagus. Tapi kami orang pertama yang promosikan produk ini di pasaran. Produk sangat baru. Cabaran nya sangat besar. Kami bermula dari kosong semula demi mendapatkan keberkatan dan rahmat Allah.
Kami hadapi pelbagai masalah. Perbelanjaan bulanan semakin besar. Jualan baru sahaja ingin meningkat. Kami buntu dan risau. Tapi Allah temukan kami dengan page Mudahnya menjemput rezeki.
Saya dan suami insaf sangat. Banyak yang kami abaikan. Kami mohon ampun pada Allah. Kami mulakan amalan solat awal waktu.. kami mulakan amalan zikir. Alhamdulillah. Urusan semakin dipermudahkan. Permintaan perniagaan semakin baik.
Paling ketara, ramai jutawan2 baik hati mula dekat dengan kami. Ada yang menawarkan ingin bantu, ajar dan bimbing kami dengan PERCUMA sahaja ustaz.. Ya Allah.. menangis kami.. apa yang mereka nampak pada kami? Allah Maha Hebat..
Alkisahnya kami sangat perlukan Rm5000 dalam masa terdekat. Saya teringat ustaz cakap. Jangan minta dan mengadu pada manusia. Minta pada Allah.
Saya dan suami hanya doa pada Allah mohon Allah bantu kami.. Alhamdulillah. Pagi tadi tiba2 salah seorang family kami berikan cash 5 ribu pada saya.. dalam keadaan saya masih bertelekung ingin solat dhuha 4 rakaat..
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar..
Saya sendiri masih terkejut ustaz. Bantuan daripada Allah serta merta. Memang saya tidak mengadu dan meminta pada sesiapa. Kami hanya berbincang suami isteri sahaja..
Alhamdulillah.. terima kasih pada ustaz dan semua warga MMR.. Banyak saya belajar daripada page yang sangat bermanfaat ini..
Mohon semua warga MMR doakan urusan kami dpermudahkan Allah. Kami rela bersusah2 untuk mendapatkan rezeki yang berkat dan halal.. insyaAllah

No comments:

Post a Comment