Tuesday, October 21, 2014

Al-Waqiah dan Tahajjud

CERITA PILIHAN MALAM INI ( 19/10/2014/AHAD )

( Amalan kita pun boleh jadi asbab hidayah untuk orang lain turut beramal )

**************************************

Assalamualaikum ustaz fathuri.

Di sini saya ingin bercerita tentang 'al- Waqiah'..
Ia berlaku pada cuti hari raya aidil adha lalu..

Sebelum ini saya bukan tidak percaya akan fadhilat surah tersebut tetapi saya menganggap saya tidak ada masa untuk beramal dengan surah tersebut.. tetapi coretan pengalaman semasa pulang berhari raya telah membuka pintu hati ini.

Sehari sebelum raya.
Emak saya(ma) sedang menyediakan bahan dan kelengkapan untuk membakar lemang pada malam nanti, ma ada cakap "urmm.. sedap nya bau pisang goreng nie.." tapi, kami tidak tahu pun sapa yang buat.. ma sorang je yang bau macam tu.

Lepas tu, ma ada cakap, nanti sampai rumah tok wan boleh la mintak pisang (t.wan seorng pekebun). Kami pun meneruskan persiapan tersebut.

Tetapi, setelah sampai di rumah t.wan.. t.wan cakap yang pisang dah lama tidak ada. Ada yg belum masak je.

Urmm.. kami pun cakap, tidak ada rezeki la nak merasa pisang goreng..

Selepas asar, emak saudara pula datng kt rumah t.wan. dia ada bawa sebekas makanan.. apa yang membuatkan saya trkejut ialah, di dalam bekas tu ada pisang goreng. Alhamdulillah.. masih ada rezeki kami rupanya..

Semasa membakar lemang, ma pun ada bercerita pasal pisang goreng tu.. ma cakap, ma cuma hidu bau je pagi tu, tak sangka ada rezeki boleh makan pada sebelah petang tadi..

Ma sambung lagi, itulah kelebihan mengamalkan surah al waqiah. Terus saya lihat muka ma dan rasa sebak. Entah kenapa, saya pun tidak pasti.

Pada hari raya pula, selepas mengadakan korban pada sebelah pagi, kami(bapa saudara, emak saudra, sepupu dan adik beradik saya) ada berehat sambil menonton tv di ruang tamu..

Tiba2., bapa saudra ada pnggil saya supaya datng dekat kepadanya dan dia ada cakap, nk test saya boleh jadi isteri solehah tak nanti. Dia mengajukan 3 soalan teka teki yang saling berkait.

Alhamdulillah, saya dapat menjawab soalan ksemua soaln tersebut. Dia meneruskn lagi dengan satu soalan teka teki, tetapi saya memang tiada idea untuk mnjawab soaln tersebut.

Adik perempuan saya yang di tingkatan dua dapat menjawb soalan tersebut. Bapa saudara bangun dan pergi ke dalam bilik dia.

Beberapa minit selepas itu, dia kluar bersama 3 keping not rm50. Lalu, dia memberikan adik rm100 dan saya pula rm50.
Alhamdulillah,rezeki kami lagi.

Apa yang membuatkan saya kagum ialah, bapa saudara saya baru sahaja berhenti kerja dan membantu t.wan di kebun.

Alhamdulillah, dua insan ini telah menjadi 'orang tengah' supaya hati ini terbuka. Saya berasa kagum dengan amalan ma dan bapa saudara.

Antaranya, sentiasa membaca al quran & surah surah pilihan, suka memberi nasihat, bersedekah dll.. In sya Allah, saya akan menjadikan mereka contoh tauladan buat saya. Rezeki mereka sentiasa ada walaupun tidak bergaji tnggi.

*untuk pengetahuan ustaz, bapa saudara saya tu adik kepada ma dan 10 tahun beza umur saya dengannya. Saya memang rapat dengan dia.

-jazakallah ustaz.. alhamdulillah, buku ustaz telah menjadi koleksi kami skeluarga di rumah(abah yang belikan).. hehe

Ustaz juga pernah datang memberi ceramah dan mempromosikan buku MMR di sekolah saya thun lepas (salah sebuah sekolah di terengganu).

Ikhlas dari saya:
Gadis yg sedang dan akn terus belajar..

Syukran.

************************


AMALAN MENJEMPUT REZEKI

( Gerenti jadi )

**************************

1) Siapakah yang sudah tanya khabar ibu pagi ini?

2) Siapakah yang sudah membuat ibu gembira pagi ini ?

3) Barangkali...................ibu pun sedang teringatkan kita......rindukan kita.

*************************

4) Ambillah hp dan daillah nombor ibu

5) Sekarang....

**************************

Terima kasih ibu, terima kasih banyak-banyak kerana mendoakan kami.

Ibu, saya sayang ibu.....(sebak )

*****************************


TIPS SEBELUM TIDUR ( 18/10/2014/SABTU )

( Agar barang dagangan cepat habis )

************************************************

Amalan ini saya petik dari cerita pakcik itu (zuhur siang tadi ) yang bercerita tentang seorang penjual ikan.

Katanya penjual ikan itu sering lewat keluar berniaga kerana amalan ini.

Ajaibnya, setiap kali beliau sampai, pembeli sudah menunggu, walhal ada ramai lagi penjual ikan yang datang lebih awal namun tidaklah dikerumuni pembeli sebegitu sekali.

Natijahnya, biarpun beliau paling lambat keluar berniaga, namun beliau pula yang sering pulang awal kerana ikannya paling cepat habis.

************************************************

Saya katakan amalan ini dasyat kerana bukan semua orang yang mampu amal, namun kesannya, masya-Allah...!

1) Beliau bersolat tahajud 16 rakaat setiap malam
2) Solat dhuha juga begitu . 16 rakaat.

****************************************************

3) Pun begitu, jika kita mahu bersungguh istiqamah solat tahajud dan dhuha setiap hari. (tidak semestinya 16 rakaat ) juga boleh memberi impak yang sama.

4) Siapa ada pengalaman ini boleh kongsi cerita , buat motivasi saudara kita yang lain.

5) Insya-Allah

******************************************************
ASSALAMUALAIKUM


https://www.facebook.com/JemputRezeki

1 comment:

  1. Anonymous4:23 PM

    nice sharing. may peace and blessing of Allah be upon you and your family. ameen.

    ReplyDelete