Monday, January 28, 2008

Rahsia tarikh lahir pasangan anda

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat
pendiam & konservatif. Namun dengan
orang-orang tertentu dia cepat mesra.
Tapi pasangan yang lahir tarikh ini
mudah terperasan. Kerana sifatnya itu
menyebabkan ramai orang yang tidak
menyukainya. Namun begitu dia tetap
dikagumi kerana bersikap serius
terutamanya yang berhubung dengan orang
ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup
berhabis semata-mata untuk memenuhi
segala keinginan pasangannya. Tapi
hati-hati kadangkala dia lebih
mementingkan persahabatan daripada
percintaan dan lebih rela memutuskan
cintanya demi sebuah persahabatan yang
telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung.
Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan
dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai
orang suka bergaul denganya kerana
perwatakannya yang lembut & ramah. Dia
paling benci jika cintanya ditolak atau
dikhianati olih orang yang benar-benar
dicintainya. Namun begitu dia selalu
bersikap sabar dan tidak terburu- buru
dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan
masa depan dia bersikap pesimis sering
mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti
ada yang mendorongnya agar tidak terus
terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah
ciri yang khas bagi pasangan yang lahir
pada tarikh ini. Tapi jangan cuba
mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk
dengan hebat. Dia tergolong pasangan
yang bijaksana dan bertanggungjawab.
Sifat jujur & ramah adalah modal
utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal
cinta dia merupakan pasangan yang susah
untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini
adalah seorang yang pandai, suka bergaul
dan mudah berubah pendapat. Dia
seringkali tidak yakin dengan diri
sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong
pasangan yang mata keranjang dan suka
bertukar-tukar partner. Sifat ini
membuatkan orang tidak suka apa lagi
untuk bersimpati dengannya. Dia sering
bersifat dingin kepada orang lain kerana
menganggap orang lain merupakan faktor
penyebab timbulnya masalah. Tapi dia
memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan
kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah
seorang yang optimis, bercita-cita
tinggi dan punya kecederungan untuk
berprestasi. Namun begitu dia adalah
seorang yang berwatak keras dan apa yang
diinginkan selalunya
dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya
dari segi yang menguntungkan.Tapi
sayangnya dia suka menganggap remeh pada
orang lain.Dalam soal cinta,
berhati-hatilah kerana dia suka
bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak
mahu kalah dan pantang menyerah.
Kejujuran dan keadilan merupakan sifat
yang membuatkan dia disegani.Dalam soal
cinta dia ingin memberi yang terbaik
kepada orang yang dicintainya.Namun
begitu harga dirinya terlalu tinggi
sehingga dia tidak pernah mengerti
mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka
berterus terang & jujur.Namun dia mudah
sekali terpengaruh dan ingin mencapai
sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta
baginya sering diertikan sebagai pengisi
masa lapang. Semasa bercinta dia sangat
berhati-hati dan suka sekali merayu dan
kalau pasangannya curang dia dengan
mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa.
Kepada teman-teman dia bersifat lembut &
bijaksana. Namun begitu dia tersisih
dari teman- teman kerana rasa rendah
diri yang terlalu menebal. Dia
memerlukan suasana yang seimbang baik
sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan
seharian.Kelemahan yang paling menonjol
ialah gugup dan selalu dihantui perasaan
khuatir tetapi dia adalah seorang yang
penjimat. Dalam urusan cinta, dia
seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang
tinggi dalam usaha mencapai
cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari
dia merupakan orang yang mudah
tersinggung.Namun begitu dia seorang
yang jujur & tabah dalam menghadapi
persoalan.Soal cinta dia sangat setia
dan sebab itulah dia mudah disenangi.
Tapi dia seorang yang terlalu cemburu.
Kalau baik dia sangat baik dan kalau
jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini
memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap
setiap orang akan menganggapnya sebagai
juara. Pada dasarnya dia suka berdandan
dan berpakaian rapi.Kerana itu dia
sering membelanjakan wangnya untuk
menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan
sehari-hari dia adalah pasangan yang
disegani kerana bakat
kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana
membuatkan dia disegani dalam
pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah
pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari
pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia
tergolong dalam orang yang kurang
serius, bersikap bodoh dalam menghadapi
sesuatu. Namun begitu dia selalu
bersikap penuh pengertian bila
menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat
benci pada perkara-perkara yang berbau
keributan terutama yang menimbulkan
huru-hara. Dalam hal percintaan dia
menuntut untuk lebih diberi perhatian
tapi dia jarang mengambil berat pada
pasangannya. Namun begitu sikapnya
disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk
dimengertikan. Kadangkala dia disukai
kerana kebaikannya dan kadangkala dia
dibenci kerana perbuatannya.Namun buat
teman-teman dia merupakan orang penuh
pengertian. Dalam pelbagai situasi dia
lebih suka merendahkan diri jarang
sekali mahu menonjolkan kelebihannya
pada orang lain. Pasangan jenis ini
terkenal sebagai perayu dan sebab itulah
dia diberi jolokan seniman asmara.

2 comments:

  1. Anonymous8:42 AM

    Yes undoubtedly, in some moments I can reveal that I jibe consent to with you, but you may be considering other options.
    to the article there is stationary a definitely as you did in the downgrade issue of this demand www.google.com/ie?as_q=panda cam china ?
    I noticed the axiom you suffer with not used. Or you use the black methods of promotion of the resource. I suffer with a week and do necheg

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:33 AM

    Definitely you get it the plot's primary arrangement, you can procrastinate Texas confine 'em and even some of its variants. Texas Holdem is an mild engagement to learn, lawful troubling to master. The "mastering" part is the costly share, requiring office and practice. This website offers lots of articles and tools to seize you started on the studying. You can office practically all you be for the sake honest in online poker rooms.

    ReplyDelete